Archives for September 2008

Payung & Matahari untukmu

On: Friday, September 19, 2008

Sudah kian lama ku sepi,
Menunggu impian di tepi.
Tapi kini hati ku berapi,
Mencarikan mu matahari.

Menjelajah dari timur ke barat,
Merentasi hutan, lautan dan darat.
Mencari cahaya sehingga jam berkarat,
Mencarikan mu keselesaan sehingga akhirat.

Namun diriku cuma seorang manusia,
Kekurangan kehebatan yang luar biasa.
Apa diriku ada yang belum lagi binasa,
Mungkin cuma kata-kata melegakan bisa.

Jadi maaflah jika ku tidak berdaya,
Menerangi harimu dengan cahaya,
Jadi maaflah jika ku tidak berjaya,
Menlindungi mu dari bahaya.

Kerana saya bukanlah seorang ahli sihir,
Apa yang ada cuma kata-kata yang terfikir.
Untuk hari yang air mata mu megalir,
Ingatlah jangan lupa senyuman mu diukir.

Untuk hari mu yang hujan lebat tidak berhenti,
Janganlah teragak-agak atau menanti-nanti.
Gunakanlah payung ini yang telah ku beri ,
Melindungi dirimu daripada sakit hati.




*grins*